Bisnes Hot Masa kini

Tuesday

Rawatan Alternatif Dan Kaedahnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera!


Sebelum saya menulis lebih panjang lebar saya ingin mengucapkan syukur kehadrat allah S.W.T kerana mengizinkan saya menulis blog ini untuk tatapan anda semua, yang sedang mencari penyelesaian atau ada yang ingin belajar mengenai rawatan alternatif batiniah ini.


Tujuan saya menulis blog ini ialah untuk berkongsi masalah dengan anda semua baik berupa kepayahan hidup maupun dari segi kewangan,ataupun anda seringkali mengalami masalah yang sering berlaku di dalam kehidupan kita pada hari ini. Salah satu contoh: "masalah jodoh,kewangan,mohon kerja tak dapat,meniaga tak menjadi,masaalah rumah tangga gangguan makhluk halus dan sebagainya",sungguh banyak jika saya nak sebutkan satu persatu di sini,jadi di sini saya ringkaskan. Semua itu boleh diatasi jika kita ingin berusaha untuk memperbetulkan-nya menggunakan kaedah semulajadi yang allah anugerah kan pada kita semua.


Tidakkah anda semua tahu bahawa kita telah di anugerahkan oleh "ALLAH" suatu keistimewaan tanpa kita ketahui? Apakah keistimewaan yang saya maksudkan di sini? Kita di anugerahkan energi dalaman,atau istilahnya tenaga dalaman selain nikmat anggota kita. Tenaga dalaman ini kita boleh gunakan pelbagai tujuan asalkan jangan terkeluar dari landasan islam. Sebenarnya tenaga ini semua orang sudah pun miliki tak kira orang beragama islam ataupun agama lain. Tetapi bagaimana cara untuk kita mengolah-nya? Itu yang menjadi persoalan. Hanya orang yang telah belajar tentang-nya atau keilmuan-nya sahaja yang boleh mengolah-nya dengan betul supaya tidak terjadi perkara yang sebalik-nya.


Kaedah dan rawatan adalah sama ada menggunakan media air ataupun media bunga dan media minyak. Media air biasanya di gunakan untuk merawat pelbagai penyakit kerana air bersifat penyuci atau atau penghapus energi negatif yang ada dalam badan kita. Sebenar-nya air banyak kegunaanya di dalam kehidupan kita seharian,asal kita pun datang-nya dari air maka air lah penawar-nya. Media bunga kebiasanya di gunakan untuk, jodoh,seri muka,memulihkan aura dan mandi keramas. Media minyak pula pelbagai kegunaan,antara-nya ialah,pengasih,pelaris,naikan seri muka,perniagaan dan boleh juga di jadikan minyak asma' tujuan untuk berniaga atau memohon sesuatu pekerjaan atau jawatan tertinggi dalam sesuatu jabatan. Kaedah yang saya terangkan diatas ialah mestilah memerlikan pengisian,tanpa pengisian tak berfungsilah ia. Umpama kita sembahyang tapi tak membaca apa-apa surah,adakah itu bermakna? Begitulah perbandingan-nya. Pengisian-nya kebiasaan kita menggunakan ayat-ayat suci 'Al-Quran' Doa' dan tenaga dalaman.


Setiap pengisian mengambil sedikit masa kerana ia memerlukan konsentrasi, dan melalui konsentrasi itulah baru dapat kita alirkan 'energi dalaman' atau 'energi positif,ataupun energi penyembuhan' kita pada setiap media yang bakal kita isikan itu dengan sempurna. Insyallah pelbagai penyakit boleh di rawat menggunakan kaedah ini,sudah ramai juga yang saya dah rawat melalui kaedah ini antara masalahnya ialah suami di kacau orang,ada juga suami di guna-gunakan sampai nak bercerai pun ada,gangguan makhluk halus, kerasukan dan menghalau makhluk halus. Kebanyakan-nya ada makhluk halus menumpang dalam badan, antara sebab dan masalah-nya ialah kelantangan mulut berbicara atau di hantar orang atau memang makhluk halus itu sendiri yang menyukai seseorang itu. Kebanyakan orang sering menyalahkan makhluk halus,wal hal makhluk itu sudah lama menghuni alam maya ini sebelum adam di turunkan kedunia ini lagi, fikir-fikirkanlah wahai pembaca yang budiman.



Yang paling banyak saya jumpa ialah jiwa mereka kosong,ada yang tak sembahyang..,ada yang sembahyang.. tapi jiwa kosong...,ada yang tahfiz al-quran jiwanya kosong pun ada....baru-baru ini saya ada rawat satu passien saya dari selangor masalah suami isteri,suaminya main kayu tiga isterinya terkena gangguan makhluk halus, tapi tahfiz al-quran bagaimana ini boleh terjadi? Kesimpulan-nya senang,walaupun kita bisa menghafaz al-quran... tetapi, belum tentu jiwa kita tenang, memiliki jiwa yang tenang adalah bukan suatu perkara yang mudah, menyerah diri pada allah,terasa diri begitu hina di sisi allah S.W.T. Sembahyang dalam erti kata yang sebenar. Sembahyang itu amatlah berat,kecuali orang-orang yang sabar dan tekun melaksanakan-nya.

No comments:

Post a Comment